Connect with us

Oh! Media

Kalah Saman, Amber Heard Enggan Bayar Ganti Rugi, Nak Buat Rayuan Di Mahkamah

Trending

Kalah Saman, Amber Heard Enggan Bayar Ganti Rugi, Nak Buat Rayuan Di Mahkamah

Selepas enam tahun, pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp bagaikan mendapat kehidupannya semula selepas menang saman fitnah ke atas bekas isteri, Amber Heard.

ADVERTISEMENT

BACA: “Peguam Bela Johnny Depp Berjaya Buatkan Hakim Terlepas Pandang Bukti Kukuh” – Amber Heard

Mahkamah memerintahkan Amber Heard membayar pelakon Pirates of the Caribbean itu ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta).

Lapor Sinar Harian, Amber yang popular dengan lakonannya dalam Aquaman bagaimanapun enggan membayar ganti rugi tersebut.

Peguamnya. Elaine Bredehoft yang ditanya dalam program televisyen ‘Today’ terbitan NBC sama ada Heard akan membayar ganti rugi, dia cuma menjawab “Oh tidak, sama sekali tidak.”

Katanya lagi, Heard akan membuat rayuan berhubung keputusan yang dibuat juri. Peguamnya membuat kenyataan itu selepas juri mengeluarkan arahan ganti rugi selepas Johnny Depp terbukti difitnah.

Foto: Evelyn Hockstein/Pool via AP

Terdahulu, Depp yang popular dengan karakter Captain Jack Sparrow mengemukakan saman terhadap Heard sebanyak AS$50 juta (RM219.63 juta) kerana telah menfitnahnya menerusi satu artikel yang dikeluarkan di akhbar The Washington Post.

Dalam artikel itu, Heard telah menggelar bekas suaminya sebagai tokoh awam mewakili penderaan domestik.

Heard bagaimanapun membalas saman Depp sebanyak A$100 juta (RM438.50 juta).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas