Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Sering Dikecam, Baby Shima Nak Pindah Indonesia? Ini Responnya

Oh! Artis

Gara-Gara Sering Dikecam, Baby Shima Nak Pindah Indonesia? Ini Responnya

Kebelakangan ini, nama penyanyi dangdut, Baby Shima menjadi bahan bualan gara-gara tular fotonya disangkakan bercium di kelab malam.

ADVERTISEMENT

BACA: Baby Shima Menangis Teresak-Esak Beri Penjelasan Tentang Gambar Dalam Kelab Malam

Tuduhan tidak benar itu menyebabkan penyanyi yang terkenal di Indonesia ini menerima kritikan bertalu-talu. Malah, Baby Shima dikatakan terpaksa mengambil ubat penenang.

Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan penyanyi ini akan berhijrah ke Indonesia dan menukar status warganegaranya kerana tidak tahan dibuli netizen Malaysia.

Spekulasi itu mula berlegar menerusi laporan portal di negara itu sendiri.

Ketika dihubungi wartawan Kosmo!, penyanyi ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Jelasnya, dia tidak mungkin menukar warganegara hanya disebabkan hal-hal remeh yang berlaku kepadanya.

Baby Shima mengakui seronok bekerja di Indonesia tapi tidaklah sampai mahu menukar status.

Biasalah mereka (portal) berita nak sensasikan perkara yang tak benar. Saya sendiri pun tak pernah keluarkan kenyataan nak pindah sana dan tukar wargenegara.

Saya masih cintakan negara kita ini, Malaysia. Cuma saya belum berpeluang untuk pulang ke Indonesia. Banyak lagi kerja seni dan projek tergendala di sana.

Sebelum ini, Baby Shima mula menerpa nama di Indonesia selepas menyertai program realiti televisyen, D’ Academy Asia pada tahun 2017.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas