Connect with us

Oh! Media

Baby Shima Menangis Teresak-Esak Beri Penjelasan Tentang Gambar Dalam Kelab Malam

baby shima

Oh! Artis

Baby Shima Menangis Teresak-Esak Beri Penjelasan Tentang Gambar Dalam Kelab Malam

Kesian Baby Shima sampai kena buat penjelasan dalam keadaan sedih. Mana tidaknya, ramai sangat yang mengecam tanpa usul periksa dan beri peluang pada Shima untuk beri penjelasan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Iya Itu Memang Saya, So Kenapa Ada Masalah Ke?, Baby Shima Jawab Gambar Macam Bercium Di Kelab Malam

Selepas dihimpit beberapa kontroversi, penyanyi dangdut yang sangat popular di Indonesia ini sekali lagi diserang. Ini selepas ada pihak yang menyebarkan gambar yang menunjukkan dirinya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota.

Shima yang mengakui wanita dalam gambar itu adalah dirinya tidak menyangka orang akan membuat dakwaan yang tidak masuk akal. Disebabkan itu Shima terpaksa menjelaskan salah faham yang berlaku selepas ada yang mendakwa Shima seakan-akan sedang bercium dengan lelaki terbabit.

Shima menangis teresak-esak ketika buat penjelasan

Shima membuat penjelasan tersebut di laman Instagram miliknya di mana dia kelihatan sedih dan turut menangis teresak-esak ketika bercakap mengenai isu tersebut.

Terlebih dahulu saya nak minta maaf. Shima jelaskan dekat sini, gambar itu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya orang lebih benci dekat Shima.

Gambar yang tersebar adalah sewaktu penggambaran muzik video single terbaru

Baby Shima

Shima memaklumkan gambar itu diambil sewaktu penggambaran muzik video terbaharunya yang berjudul ‘Lalai’. Dia berasa sedih dan terluka selepas membaca komen netizen yang tidak tahu perkara sebenar tetapi terus mengecam dirinya.

Kredit: Instagram Babyshimaofficial

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas