Oh! Artis
“Saya Bukan Nak Buat Content” – Dituduh Tak Jumpa Anak Sebab Sibuk, Fattah Amin Pening Layan Netizen
Pelakon terkenal Fattah Amin menepis dakwaan mengatakan dia mengabaikan anak tunggalnya, Fatima Aisya, kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.
BACA: Fattah Amin Luah Rasa Sedih Tak Dapat Jumpa Nur Fatima Aisya
Memetik laporan Harian Metro, Fattah menegaskan bahawa dia sentiasa ada untuk anaknya tetapi memilih untuk tidak terlalu berkongsi detik peribadi di media sosial.
“Perlu ke setiap kali jumpa kena upload?”

Menurut Fattah, dia tidak melihat keperluan untuk memuat naik gambar atau video setiap kali meluangkan masa dengan Fatima.
Ada pihak yang kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak. Saya terkilan dengan tuduhan seperti itu. Takkanlah setiap kali saya jumpa anak, saya perlu muat naik gambar atau video semata-mata untuk tunjuk kepada semua orang. Buat apa, kan?
Jelasnya lagi, dia bukanlah individu yang suka menunjuk semata-mata untuk mendapat perhatian. Tetapi, ada kalanya dia berkongsi di media sosial untuk dijadikan kenangan.
Cuma ada masanya saya rasa nak kongsi, saya akan muat naik. Saya kongsi bukan sebab nak buat ‘content’. Tapi ada pula yang cakap bila dah jumpa anak, nak tunjuk dekat orang. Macam-macam persepsi.
“Saya pening dengan dakwaan-dakwaan ni”

Fattah juga meluahkan rasa kecewa dengan pelbagai spekulasi melibatkan dirinya dan anak. Malah, bekas isterinya, Fazura turut memberi kerjasama yang baik.
Saya sendiri pening dengan dakwaan-dakwaan ini. Bila saya kongsi, orang kata nak buat ‘content’. Bila tak kongsi, orang kata saya tak jumpa anak.
Beliau turut menjelaskan bahawa sebelum ini dia tidak dapat berjumpa dengan Fatima kerana faktor kesihatan anaknya dan memahami situasi tersebut tanpa sebarang paksaan.
Saya nak perbetulkan keadaan yang saya ada berjumpa anak saya beberapa kali, cuma ada masanya kita faham dia tak sihat dan mungkin tak mahu keluar. Jadi, tolong jangan salahkan sesiapa kerana perkongsian saya sebelum ini sekadar nak beritahu saya ada berjumpa anak saya.
Jelasnya, perkongsian Instagram Story yang tular sebelum ini hanyalah luahan seorang bapa. Dia memahami keadaan Fatima kini sedang sakit dan tidak sesuai untuk berjumpa.
#ApaKataOhmedia
Sebagai selebriti popular, Fattah Amin takkan mampu memuaskan hati semua orang. Namun diharapkan peminat dapat memahami keadaan dan tidak menuduh tanpa usul periksa. Didoakan semoga Fatima cepat sihat dan dapat meluangkan masa dengan daddy!

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM