Connect with us

Oh! Media

fattah amin

Oh! Artis

Fattah Amin Luah Rasa Sedih Tak Dapat Jumpa Nur Fatima Aisya

Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin, meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, yang kini kurang sihat.

Fattah berkongsi bahawa beliau telah beberapa kali cuba mengunjungi rumah bekas isterinya, Nur Fazura, namun usahanya untuk bertemu Fatima tidak berhasil.

IKLAN

Dah beberapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima. Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua.

Fattah turut memuat naik gambar Fatima sedang mengambil ubat di Instagram Story miliknya, namun tidak menjelaskan penyakit yang dihidapi oleh anaknya itu.

Perceraian dan hak penjagaan anak…

Untuk makluman, Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka yang berlangsung sejak 27 November 2017, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun.

Selepas perceraian, hak penjagaan Fatima diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

#ApaKataOhmedia

Situasi yang dialami oleh Fattah Amin ini sememangnya menyentuh hati. Sebagai seorang bapa, keinginannya untuk bertemu dan menjaga anaknya ketika sakit adalah wajar dan difahami.

Kami di Oh! Media berharap agar kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik demi kebaikan Nur Fatima Aisya. Semoga Fatima segera sembuh dan hubungan antara Fattah dan Fazura kekal harmonis demi kebahagiaan anak mereka.

fattah amin

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas