Connect with us

Oh! Media

“Everything’s Gonna Be Okay, Semua Sayang Kakak” – Ucapan Ayah Sissy Imann Bikin Netizen Sebak

Oh! Artis

“Everything’s Gonna Be Okay, Semua Sayang Kakak” – Ucapan Ayah Sissy Imann Bikin Netizen Sebak

Satu perkongsian yang mengejutkan apabila penyanyi, Sissy Iman memuat naik hantaran memaklumkan bahawa akan menjalani pembedahan yang memerlukan dirinya untuk ditidurkan buat seketika.

ADVERTISEMENT

BACA: Alami Kesukaran Bernafas, Ali XPDC Ditidurkan

Menerusi hantaran di buat Sissy itu, dia meminta agar semua pihak untuk memaafkan dirinya jika terdapat kesalahan dan kekhilafan yang pernah dilakukannya.

Dalam pada itu, Sissy juga meminta jasa baik orang ramai untuk tidak bertanyakan keluarganya mengenai penyakit yang dialaminya.

Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya mengenai perkara yang saya hadapi ini. Terima kasih semua kerana memahami.

Ayah Sissy Imann titip ucapan buat anakanda tercinta

Terbaru, ayah kepada Sissy, Aliff Mohammad Kamil tampil memuat naik hantaran dengan menulis bait-bait indah buat anakandanya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Aliff berkongsi segala ujian dan cabaran sepanjang proses sewaktu ingin melahirkan Sissy suatu ketika dahulu.

Kelahirannya aku tunggu dgn penuh harapan, waktu tu aku kecewa tapi dalam masa yang sama aku redha.

Kehadirannya memanglah banyak dugaan, dengan keadaan kandungan songsang, lipat dua, (kelahiran) tunda 18 hari pula tu, pintu dah buka 2cm tapi masih tak keluar-keluar, saiz besar tapi berat pula 3.8kg serta ambil masa untuk menangis.

Dalam pada itu, Aliff turut mendoakan agar urusan anaknya itu dipermudahkan.

Tapi hari ni dia kat sini, di bilik tu. Sekali lagi aku kena tunggu luar dgn penuh harapan.

Lata khaf wala tahzan, Innallahama ana, moga dipermudahkan segalanya dan lancar, Insya Allah.

Sama-samalah kita doakan agar segala urusan Sissy Imann dipermudahkan Allah SWT.

Kredit: Instagram Sissy Imann | Instagram Alifflayla

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas