Connect with us

Oh! Media

Alami Kesukaran Bernafas, Ali XPDC Ditidurkan

Oh! Artis

Alami Kesukaran Bernafas, Ali XPDC Ditidurkan

Penyanyi Ali XPDC Jumaat lalu telah dikejarkan ke Hospital Ampang apabila tiba-tiba tidak bermaya ketika mahu makan selepas sesi latihan di studio Eddie di Pandan Indah.

ADVERTISEMENT

BACA: Vokalis XPDC, Ali Dimaklumkan Masih Memerlukan Bantuan Rawatan

Selepas beberapa hari menerima rawatan, keadaan kesihatannya dilaporkan bertambah baik dan dia sudah mula bercakap walaupun perlahan.

Terbaru, Harian Metro melaporkan penyanyi ini terpaksa ditidurkan hari ini selepas mengalami kesukaran bernafas.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Sharifah Syarzana menerusi satu kiriman suara kepada rakan memohon peminat dan rakan-rakan membuat solat hajat dan bacaan Yassin.

Melalui perkongsian Facebook Official XPDC, pernafasan Ali dilaporkan kembali normal namun masih lagi ditidurkan dan dipantau.

Ali tidak dijangkiti Covid-19 cuma diletakkan di wad saringan Covid. Buat masa ini beliau tidak boleh menerima pelawat.

Kredit: Harian Metro | Official XPDC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas