Connect with us

Oh! Media

Erra Fazira Selamat Bernikah, Terima Mas Kahwin ‘Sepohon’ Emas Dan Cincin Berlian RM80,000 Jadi Tumpuan

Ohmedia erra 1

Oh! Artis

Erra Fazira Selamat Bernikah, Terima Mas Kahwin ‘Sepohon’ Emas Dan Cincin Berlian RM80,000 Jadi Tumpuan

Erra Fazira terima mas kahwin 102g emas dan cincin berlian RM80,000.

Tahniah! Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira telah selamat bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain pagi ini.

Memetik laporan mStar, perkahwinan dilakukan dengan sekali lafaz tepat jam 9.19 pagi Jumaat. Majlis penuh bermakna itu berlangsung indah di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam.

BACA: Erra Fazira Tamatkan Zaman ‘Single’ 12 Disember Ini, Mr. E Jadi Pilihan Hati!

IKLAN

Mas kahwin ‘sepohon emas’ 102 gram

Erra Fazira
Foto Instagram Eraje

Paling menarik perhatian adalah mas kahwin yang diberikan Ezwan kepada Erra iaitu berupa ‘sepohon’ bunga emas seberat 102 gram.

Selain itu, Erra turut menerima sebentuk cincin berlian bernilai RM80,000 yang menjadi simbol kasih pasangan ini.

Erra Nikah
Foto Instagram Bernama

Kedua-dua mempelai bertukar hantaran dalam sebuah talam berisi aksesori dan kelengkapan peribadi seperti beg tangan, wangian dan set barang kemas.

Erra Nikah
Foto Instagram Sinar
Erra Fazira
Foto Instagram Eraje
Erra Fazira
Foto Instagram Eraje

Majlis pernikahan eksklusif itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan rapat serta jemputan media. Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra.

Pssttt! Oh! Media rasa bahagia melihat perjalanan hidup Erra yang kembali disinari kebahagiaan. Selepas melalui pelbagai fasa suka duka, keberanian beliau membuka lembaran baharu wajar diraikan. Semoga ikatan yang dibina kali ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas