Connect with us

Oh! Media

“Empat Hari Tak Makan” – Alami Muntah Berterusan, Janna Nick Dikejarkan Ke Hospital

Oh! Artis

“Empat Hari Tak Makan” – Alami Muntah Berterusan, Janna Nick Dikejarkan Ke Hospital

Baru-baru ini, nama pelakon tanah air, Janna Nick menjadi sohor di media sosial selepas membawa pulang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

ADVERTISEMENT

BACA: Gambar Janna Nick Sekali Lagi Curi Perhatian, Komen Zizan Buat Netizen Berdekah

Anugerah itu dimenanginya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) baru-baru ini dengan meraih undian sebanyak 86 Juta daripada peminat.

Namun, berita tidak enak berlaku semasa majlis tersebut selepas kekasih hatinya, Dini Schatzmann telah dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan kuman.

Bagaimanapun, Dini tidak menghadapi sebarang jangkitan selepas melakukan pemeriksaan dan keadaannya telah beransur pulih dan kembali bekerja seperti biasa.

Janna Nick dimasukkan ke hospital, alami muntah berterusan

Seminggu selepas buah hatinya dimasukkan ke hospital, kini Janna Nick juga menghadapi perkara sama selepas dirinya dikejarkan ke hospital baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, pelakon itu telah berkongsikan keadaannya yang ketika ini berada di sebuah hospital sambil menikmati hidangan sarapan pagi.

Selamat pagi. Saya baik tiada apa-apa perlu dirisaukan. Tirus kan muka? makan muntah, makan muntah. Itulah korang selalu kata saya gemuk sangat.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar dirinya kembali sembuh serta dipermudah segala urusan pemulihan.

Ditahan wad sejak sabtu lalu, hidap vertigo

Bertanya tentang penyakit yang dihidapinya, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Munir telah dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas mengalami muntah berterusan.

Selepas melakukan pemeriksaan, pelakon itu didapati menghidap Vertigo iaitu keadaan yang mana pesakit berasa tidak stabil serta pening seolah-olah seperti berpusing.

Doktor kata saya menghidap vertigo. Sebelum ini memang tak pernah ada simptom-simptom sebegitu.

Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul. Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pitam, kepala rasa sakit dan tak selesa.

Tambahnya, bagi mengelakkan dirinya terus muntah, doktor telah memberikan sejenis ubat tahan sakit serta mampu membantu dalam mengembalikan selera makan.

Sekarang ini doktor dah check dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.

Bagaimanapun, pelakon drama Marry Me Senorita itu masih tidak tahu bila akan ‘dibebaskan’ dari hospital, namun mengakui dirinya masih memerlukan rehat serta pemantauan daripada doktor.

Kredit: Instagram Janna Nick I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas