Connect with us

Oh! Media

Gambar Janna Nick Sekali Lagi Curi Perhatian, Komen Zizan Buat Netizen Berdekah

Zizan

Oh! Artis

Gambar Janna Nick Sekali Lagi Curi Perhatian, Komen Zizan Buat Netizen Berdekah

Sebelum ini, pelakon tanah air, Janna Nick pernah menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik gambar yang menampakkan bahagian dadanya di laman Instagram.

BACA: Janna Nick Takkan Padam Gambar Baju Nampak Dada Dan Kongsi Gambar Lain Pula

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengakui terkejut apabila melihat dia berpakaian seperti itu kerana selalu melihat dirinya berpakaian seperti boyish.

IKLAN

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munner mengakui tidak sedikit pun terkesan dengan komen-komen yang ditinggalkan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, dia turut meminta orang ramai untuk mendoakannya agar dia berubah menjadi insan yang mahu mengakhiri hidup dengan baik.

Sekali lagi kongsi gambar mencolok mata

Selepas isu baju terselak, aktres tersebut sekali lagi mencuri perhatian umum selepas berkongsikan sekeping gambar di laman Instagramnya.

Kali ini, perkongisannya itu telah menjadi bualan netizen apabila aksi yang dipaparkan itu agak mencolok mata dengan mengenakan pakaian yang ketat.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa pelakon drama Marry Me Senorita itu tidak pernah serik dalam berkongsi gambar sebegitu.

Kemajuan bukan kesempurnaan.

Zizan Razak turut tinggalkan komen

Selain dibanjiri dengan komen-komen nakal dari netizen, hantaran tersebut turut mencuri perhatian daripada pelawak terkenal, Zizan Razak.

Menerusi komennya, dia sempat mengusik Janna dengan menyamakan gaya berdiri pelakon itu seperti sedang ingin membuang angin atau kentut.

Time (waktu) kentut pun cantik (diikuti dengan emoji hati berwarna merah).

Tidak melenting, Janna turut membalas komen daripada Zizan dengan bersahaja dan menganggap rakan selebritinya itu hanya ingin bergurau.

Hahaha, syaitan.

Photo1632217368

Netizen turut terhibur

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah daripada pelawak selain ada yang berpendapat gurauan tersebut agak kasar.

Photo1632217692

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mencapai lebih daripada 75,000 tanda suka serta seramai 1,483 orang telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Janna Nick I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas