Connect with us

Oh! Media

Doktor Nasihat Nabila Razali Untuk Rehat Seberapa Lama Boleh

Oh! Artis

Doktor Nasihat Nabila Razali Untuk Rehat Seberapa Lama Boleh

Kesian Nabila Razali. Dah hampir dua minggu tapi masalah kesihatannya masih belum pulih lagi. Awal dulu, Nabila yang tercalon dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM) dengan lagu ‘Peluang Kedua’ terpaksa tarik diri dan ganti dengan penyanyi lain atas faktor kesihatan.

ADVERTISEMENT

Tapi, waktu SFMM ditunda apabila Alif Satar disahkan positif Covid-19, Nabila kata mungkin dia boleh nyanyikan sendiri lagu tersebut sebab ada masa untuk dia tengok perkembangan kesihatannya dan kembali macam biasa. Tapi now dah tamat pun tempoh kuarantin untuk semua krew, Nabila masih lagi dalam proses untuk pulih.

BACA : Lagu ‘Peluang Kedua’ Bakal Digantikan Dengan Penyanyi Lain

Menurut Nabila, masalah kotak suara yang dialaminya mungkin berpunca dari teknik nyanyiannya yang salah. Kalau ikutkan, doktor pun belum betul-betul kenal pasti punca sebenar masalah kesihatan Nabila. Boleh jadi juga sebab Nabila terlalu penat bekerja. Yelah, nak menyanyi lagi, nak berlakon lagi.

“Jadi selepas itu baru tahu betapa penting teknik nyanyian untuk buat persembahan. Faktor lain pula mungkin juga pemakanan tak jaga. Apabila masalah ini terjadi, tidaklah sampai tak boleh bangun. Saya masih boleh kerja tapi kena had.” – katanya.

Kata Nabila, doktor dah sarankan beliau untuk rehat seberapa lama yang boleh. Yelah, awak kan baru nak sembuh. Kenalah ada rehat yang betul-betul cukup dan proper. Nabila turut akui yang hikmah berlakunya Covid-19 adalah mungkin untuk memberinya ruang untuk berehat. Dulu, hampir setiap hari jadual Nabila penuh dengan pelbagai acara. Jadi sekarang, Nabila pilih untuk berhenti seketika bidang lakonan dan nyanyian untuk fokus pada dirinya.

“Soal berapa lama, doktor nasihat seberapa lama boleh, tapi memandangkan kerjaya saya ini memerlukan fizikal dan suara, dia faham. Tapi dia cakap kalau boleh berhenti sekejap untuk dia lihat perkembangan.” – tambahnya.

Nabila ada juga buat research sendiri macam mana nak betul-betul elok. Tapi yang dia jumpa, kena betul-betul stop nyanyi lebih kurang setahun. Uish, lama betul. Bak kata Nabila, takkan setahun juga dia nak stop cari duit. Takpelah Nabila. Ambil ini sebagai ujian untuk awak ya. Buat masa sekarang, jangan fikir banyak dan fokus je untuk rehatkan diri. InshaAllah, mana tahu nanti ada rezeki yang lagi baik menanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas