Connect with us

Oh! Media

Dituduh Ciplak Jenama Tempatan, Sharifah Rose Buka Mulut

Oh! Artis

Dituduh Ciplak Jenama Tempatan, Sharifah Rose Buka Mulut

Pelakon baru Sharifah Rose mencetuskan kontroversi dan menerima kritikan hebat netizen di media sosial sejak dia mengumumkan perniagaan barunya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bertahun-Tahun Orang Biasa Cuba Naikkan Jenama Perniagaan Sendiri Tapi Kena Ciplak Dengan Artis?

Seorang netizen telah mendakwa Rose meniru nama serta reka bentuk jenamanya, Sekuntom. Selepas berdiam diri beberapa hari, pelakon drama Kekasih Mr Bodyguard itu akhirnya bersuara dan memberikan penjelasan tentang isu berkenaan.

Menerusi Instagram, Rose berkata sebagai seorang pendatang baru, dia akui banyak benda perlu dipelajarinya dan sentiasa memperbaiki kekurangan diri.

Dia juga akui tidak tahu tentang jenama tempatan tersebut sebelum melancarkan teaser di Instagram. Katanya, perkataan ‘sekuntum’ sangat dekat dengannya kerana ianya merupakan panggilan keluarga buatnya sejak kecil lagi.

Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan. Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG.

Jelasnya lagi, banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangkan segala persediaan sudah selesai. Buat masa ini, dia dengan rendah hati memohon maaf jika sudah mencetuskan kekeliruan berkenaan jenama itu.

Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan september lalu.

Mana mungkin kami akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami. Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana mana pihak .

Apa-apa pun dia mengambil iktibar daripada isu yang telah timbul. Dia sebagai orang baru menerima segala kritikan dan teguran dengan hati terbuka.

Dia juga telah menghubungi pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu secara tertutup.

Kredit: Instagram Sharifah Rose

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas