Connect with us

Oh! Media

Bertahun-Tahun Orang Biasa Cuba Naikkan Jenama Perniagaan Sendiri Tapi Kena Ciplak Dengan Artis?

sharifah rose

Oh! Artis

Bertahun-Tahun Orang Biasa Cuba Naikkan Jenama Perniagaan Sendiri Tapi Kena Ciplak Dengan Artis?

Siapa yang berniaga dan membangunkan perniagaan itu dengan bersusah payah selama bertahun-tahun, sudah tentu tahu macam mana rasa perasaan bila dapat tahu orang lain tiru dan ciplak jenama kita hampir 100% sama.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Rose memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya dan mengumumkan tentang perniagaan barunya yang diberi nama Sekuntum.

Namun, menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang usahawan dan pemilik jenama tempatan Sekuntom telah meluahkan rasa kecewa apabila nama dan konsepnya seakan-akan hampir sama dengan jenama baru yang bakal dikeluarkan oleh Instafamous itu.

Selamba artis keluarkan. Bila nama brand hampir sama, customer pun konfius.

sekuntum

Menurut usahawan itu, nama yang digunakan oleh jenama Sharifah Rose memang sama dengan jenamanya tetapi hanya ditukar ejaan sahaja. Tak cukup dengan itu, logo mereka pun dilihat seakan-akan sama menggunakan tiga kelopak bunga.

Sekuntom asal sudah mula bertapak sejak tahun 2017 lagi

Meninjau diruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan pelakon itu dan meminta penjelasan daripada pihaknya berikutan isu ini.

Memang tak reti bisnes eh sampai nak copy nama bisnes orang lain. Letaklah nama bunga ke, lepastu logo tu buatlah bentuk lain. – Tulis pengguna Twitter.

Tak baik buat macam ni. You patutnya influence benda baik. Ni apa ni ciplak small business? sebijik sebijik pulak tu you ambil idea diorang? please la. – Tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas