Connect with us

Oh! Media

Disoal Tentang Pengganti Posisi Isteri, Ini Respon Balas Shuib

Oh! Artis

Disoal Tentang Pengganti Posisi Isteri, Ini Respon Balas Shuib

Umum mengetahui, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi, Siti Sarah pada 9 Ogos lalu selepas mengalami penurunan dalam paras oksigen.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan, Comel!

Bagaimanapun, pemergian Allahyarham telah meninggalkan sebuah hadiah terakhir iaitu kelahiran anak ke-4 yang dikenali sebagai Ayash Affan.

Baru-baru ini juga, pelawak, Shuib turut mendedahkan wajah anaknya itu di laman Instagram selepas beberapa minggu berada dalam pemantauan pihak hospital.

Namun, timbul pula satu persoalan sama ada pelawak itu ingin mengisi kekosongan sebagai pengganti arwah isterinya oleh kerana dirinya masih muda dan perlu menjaga empat orang anak.

Shuib akan cari posisi isteri baharu?

Selepas lebih dua bulan pemergian arwah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, telah ditanya mengenai keputusan bagi pengganti posisi isterinya pada waktu ini.

Menurutnya ketika ditemui di majlis Indigital Music Night di Putrajaya semalam, dia berkata perkara itu bukanlah keutamaanya sekarang.

Tambahnya, dia mengakui sukar untuk memikirkan soal pengganti oleh kerana tumpuan utamanya buat masa sekarang adalah menjaga anak-anaknya.

Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka dalam masa yang sama setelah arwah Sarah pergi. Sebab itulah tak terfikir pasal kahwin lagi.Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwah di sana.

Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya.

Adakah Shuib inginkan isteri yang sama seperti arwah Siti Sarah?

Selain itu, pelawak itu juga ditanya sama ada dirinya mahukan wanita yang sama seperti arwah jika bertemu jodoh baharu.

Kata Shuib, dirinya tidak mahu mencari wanita yang mempunyai persamaan dengan arwah isterinya kerana Sarah berada dalam kelasnya tersendiri.

Saya tak mahu ada persamaan sebab Sarah berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan.

Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.

Apakah perkara yang membimbangkan Shuib jika bertemu dengan jodoh baharu?

Dalam pada itu, Shuib juga turut tidak menafikan akan kebimbangan jika dia bertemu dengan wanita yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Lebih-lebih lagi apabila melihatnya status dirinya yang kini berjaya dalam kestabilan kerjaya serta kewangan.

Iyalah, takut juga namun saya berharap dalam meniti masa hadapan ini, saya lebih berhati-hati. Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Menjawab persoalan sama ada dia ingin mencari pengganti dalam masa terdekat, menurutnya, belum ada buat masa sekarang dan hanya ingin fokus menjaga anak-anaknya.

Bagaimanakah perkembangan terbaharu Ayash Affan?

Bertanya pula tentang perkembangan terbaharu mengenai anaknya, Ayash Affan, Shuib mengakui rasa bersyukur kerana anaknya kini membesar dengan sihat selain mudah dijaga.

Ayash adalah seorang anak yang sangat luar biasa. Dia tiada masalah langsung, senang jaga, tak banyak merengek dan bayi yang sangat baik.

Alhamdulillah, dia juga menunjukkan perkembangan kesihatan yang sangat baik. Dia dilahirkan seberat 1.8 kilogram (kg) dan kemudian saya ambil dia ketika beratnya 2.6 kg dan kini beratnya sudah 4.1 kg.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dibuat oleh ahli kumpulan Sepahtu itu apabila ditanya tentang pengganti Allahyarham Siti Sarah. Secara kesimpulannya, Shuib merasakan dirinya tidak ingin mencari pengganti buat masa terdekat, namun tidak menolak kemungkinan akan melakukan perkara itu pada masa akan datang.

Tindakan Shuib dilihat wajar buat masa sekarang

Bagi pendapat penulis, Shuin wajar menentukan keputusan buat dirinya serta menyokong tindakan pelawak itu yang tidak ingin mencari pengganti dalam masa terdekat. Mana tidaknya, arwah baru sahaja pergi dan seeloknya Shuib meneruskan fokus dalam perniagaan serta menjaga keempat-empat orang anaknya yang dilihat masih kecil.

Apapaun, semoga Shuib sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang bapa tunggal dan mampu membesarkan anak-anaknya walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin menyeru pembaca agar sama-sama mendoakan Shuib dimudahkan segala urusan. Bagi anak-anaknya, semoga mereka membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Amin.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top