Oh! Artis
Didakwa Ada Skandal Dengan Wanita Usia 50 Tahun? Nubhan Bersuara
Nubhan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ada skandal. Wanita itu hanya orang kampungnya.
Baru-baru ini, seorang wanita menafikan fitnah kononnya beliau menjadi punca penceraian penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Wanita bernama Sharifah Mastura Syed Sepian yang juga dikenali sebagai Kak Yang sudah membuat laporan polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular.
BACA: Nubhan Jelaskan Isu Rumah Di Dengkil, Mengaku Sewa Rumah Lepas Hadapi Masalah Rumah Tangga
“Wanita tu orang kampung saya”

Terbaru, Nubhan berkata, wanita yang dikaitkan dengannya itu sebenarnya berasal dari kampung halaman sama dan sudah dikenalinya lebih dua dekad.
Wanita itu orang kampung saya. Dia dan anak-anak kadang-kadang datang ke rumah. Saya sudah kenal dia dan keluarganya lebih 20 tahun dan kami memang rapat. Dia juga ada masalah buah pinggang. Kadang-kadang dia tumpang tinggal di rumah sebab rumah saya lebih dekat dengan hospital.
Tambahnya, bekas isterinya turut mengenali wanita berkenaan malah beberapa kali menjemputnya datang ke rumah atas dasar simpati terhadap keadaan kesihatannya.
Isteri saya pun pernah ajak dia datang ke rumah atau keluar membeli-belah bersama. Tapi bila orang nampak dia datang ke rumah dengan anak-anaknya, ada yang salah tafsir dan kaitkan dengan isu perceraian kami.
Nubhan kesal hubungan akrab mereka yang sekian lama tiba-tiba disalah tafsir dan dikaitkan dengan penceraian.
Saya rasa tuduhan itu tak wajar. Kalau ada kenalan kampung datang menumpang, takkan saya nak halau? Dia pun sakit. Saya hanya hulur bantuan sebab simpati dan atas dasar kemanusiaan. Tak ada perkara lain antara kami.
Tambah Nubhan, hubungan dengan wanita tersebut masih baik seperti biasa walaupun mereka kini terpaksa berdepan tekanan akibat gosip yang tular.
Pssttt! Dua-dua pihak dah buat penjelasan sebenar. Jadi, janganlah buat tuduhan melulu lagi ya. Semoga urusan Nubhan dan Dr Fie dipermudahkan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.