Connect with us

Oh! Media

Soffi Jikan Dedah Kemelut Antara Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof Masih Berlarutan

Aaron aziz syamsul yusof

Oh! Artis

Soffi Jikan Dedah Kemelut Antara Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof Masih Berlarutan

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan pelakon Aaron Aziz menjelaskan yang dia sudah tidak lagi terlibat secara langsung dalam filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Jelas Aaron, dia tidak menarik diri daripada produksi filem itu tetapi sebenarnya telah dibuang.

Terbaru! Menurut laporan mStar, pelakon Soffi Jikan tampil untuk mendedahkan wujudnya kemelut sehingga menyebabkan Aaron dibuang dari barisan pelakon.

IKLAN
Aaron Aziz Syamsul Yusof

Bukan tu jer, Soffi juga mengatakan yang hal itu masih lagi berlarutan tapi dia tidak mahu masuk campur dan berharap agar masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.

Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur, cuma apa saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan ia yang timbul dengan berhemah.

Pelakan yang terkenal dengan trademark ‘Kasi sengat’ itu juga berasa terkejut apabila nama Aaron telah digugurkan dalam filem itu.

Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.

Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka.

Sebelum ini Aaron juga tidak mahu mendedahkan sebab sebenar dia ‘dipecat’ kerana enggan membuka aib sesiapa.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan Aaron Aziz sebelum ini.

BACA : “Terus Jantung Macam Jatuh, Anxious” – Aaron Aziz Kongsi Rasa Resah, Isteri Terlibat Dengan Kemalangan

Sebelum ini, Datuk Aaron Aziz berkongsi rasa resah dan risaunya selepas isteri, Datin Diyana Halik terlibat dalam satu kemalangan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas