Connect with us

Oh! Media

“Dia Lelaki Yang Baik” – Siti Saleha Akui Sedang Rapat Dengan Lelaki Darah Kacukan Sama Sepertinya

Siti saleha ohmedia

Oh! Artis

“Dia Lelaki Yang Baik” – Siti Saleha Akui Sedang Rapat Dengan Lelaki Darah Kacukan Sama Sepertinya

Pelakon jelita, Siti Saleha sudah hampir setahun ‘solo’ selepas bercerai dengan bekas suaminya Ahmad Lufti Azhar pada awal tahun ini.

Terbaru! Menerusi laporan Kosmo, pelakon itu sendiri mengakui yang dia sedang rapat dengan seorang lelaki berdarah kacukan yang sama sepertinya. Wah, siapa agaknya tu?

Siti Saleha juga turut mengatakan yang hubungan mereka masih lagi dalam fasa mengenal hati budi masing-masing dan belum bersedia untuk mendedahkan siapa individu berkenaan.

IKLAN

Nanti saya kongsi dalam Instagram hanya apabila saya benar-benar sudah bersedia.

Sungguhpun begitu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu tentang hal ini walaupun saya tak kongsi gambar apa.

Pelakon dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu juga mengatakan yang dia akan berkongsi siapakah gerangan individu itu pada bila-bila masa saja apabila dia bersedia nanti.

Tiada apa yang serius sangat pun. Maksud saya, saya sedia berkawan. He’s a nice guy (dia seorang lelaki yang baik)

Apapun, pasti rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Siti Saleha!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas