Connect with us

Oh! Media

Datuk AC Mizal Didakwa Dah Lupakan Anak, Bekas Isteri Tampil Cerita Perkara Sebenar

Datuk ac mizal anak ohmedia

Oh! Artis

Datuk AC Mizal Didakwa Dah Lupakan Anak, Bekas Isteri Tampil Cerita Perkara Sebenar

Anak kepada Datuk AC Mizal baru-baru ini sudahpun selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November 2023.

Bagaimanapun, disebalik berita gembira ini ada pula perkara yang kurang baik untuk didengar selepas timbul spekulasi mendakwa Datuk AC sudah melupakan anaknya.

Dakwaan ini tercetus apabila tersebar video menunjukkan anak lelakinya itu menangis ketika majlis pernikahannya.

IKLAN

Bekas isteri kepada pengacara tersebut, Shafnie Zainudin bagaimanapun menafikan spekulasi tentang anaknya yang dikatakan telah dilupa oleh bapa kandung sendiri. Shafnie menjelaskan, anaknya itu hanya menangis kegembiraan setelah sah bergelar suami.

Biasalah suasana majlis pernikahan. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan baru kan? 

Tapi ia lebih ke tangisan bahagia, anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan saya.  Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.

Pada masa yang sama, ibu kepada pengantin baru ini juga turut menyatakan dirinya tidak berasa seorang diri setelah kedua-dua anaknya telah pun mendirikan rumah tangga masing-masing memandangkan dia masih mempunyai seorang anak hasil pernikahannya bersama suami setelah berpisah dengan AC Mizal.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas