Oh! Artis
Dato Seri Siti Nurhaliza Umum Tajaan Rawatan IVF Secara Percuma
Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza menerusi satu hantaran TikTok yayasan di bawah anjurannya iaitu @nurjiwafoundation ada memaklumkan satu berita gembira.
Difahamkan, Siti bakal menaja tiga pasangan suami isteri bertuah untuk menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat.
Rawatan IVF itu akan dilakukan di pusat perubatan AlHaya di mana pihak mereka telah memilih senarai pendek pemohon seramai 20 pasangan. Permohonan ni akan ditapis berdasarkan keputusan ujian keberangkalian yang tinggi untuk mendapatkan zuriat sebanyak 3 pasangan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terutamanya peminat CTDK yang memuji usahasama yang dibuat kerana ia mungkin memberi sinar dalam kehidupan pasangan yang belum dikurniakan zuriat.
Netizen juga mendoakan agar Siti Nurhaliza dipermudahkan rezeki serta dapat membantu lebih lagi di masa akan datang.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: TikTok Nurjiwafoundation
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM