Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Amang Seksual Secara Fizikal, PU Azman Dituduh Buat Kali Ke-10

Puazman

Oh! Artis

Dakwaan Amang Seksual Secara Fizikal, PU Azman Dituduh Buat Kali Ke-10

Pendakwah selebriti, PU Azman hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Ampang bagi satu lagi pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berumur 17 tahun.

BACA: PU Azman Dihadapkan Ke Mahkamah Dengan Empat Pertuduhan Lagi

Memetik laporan Harian Metro PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

IKLAN

Ini menjadikan 10 jumlah pertuduhan terhadap PU Azman di tiga mahkamah selepas dia dihadapkan di Mahkamah Klang dengan empat pertuduhan manakala di Seremban dengan lima pertuduhan, masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.

PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada waktu tengah hari, 22 Julai lalu di bilik sebuah resort di Hulu Langat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika disabit kesalahan, Cik Man boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Sebutan semula bagi kes berkenaan ditetapkan pada 10 Februari tahun hadapan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas