Connect with us

Oh! Media

PU Azman Dihadapkan Ke Mahkamah Dengan Empat Pertuduhan Lagi

pu azman

Trending

PU Azman Dihadapkan Ke Mahkamah Dengan Empat Pertuduhan Lagi

Nama seorang penceramah selebriti, Azman Shah Alias atau lebih dikenali dengan PU Azman sedikit buruk selepas dikaitkan dengan salah laku seksual.

ADVERTISEMENT

Terbaru, PU Azman berdepan dengan empat lagi pertuduhan di mahkamah berhubung kesalahan jenayah seksual yang didapati dilakukannya ke atas dua kanak-kanak dan seorang remaja.

Mengaku tidak bersalah

PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tiga pertuduhan pertama dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Syafeera Mohd. Said dan satu lagi pertuduhan di hadapan Majistret, Amirul Asyraf Abd. Rasid.

Tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal di dalam sebuah inap desa di Sungai Udang terhadap mangsa berusia 16 tahun pada 20 Februari lalu.

Tertuduh selepas itu didakwa melakukan kesalahan sama pada 29 Jun terhadap mangsa berusia 17 tahun pula di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa berkomunikasi dengan mangsa berusia 17 tahun melalui aplikasi WhatsApp secara seksual.

Kesalahan ini melihatkan tertuduh dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadao Kanak-Kanak 2017. Jika bersalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga disebat.

Bagi kesalahan komunikasi seksual tadi, akan dituduh di bawah Seksyen 11(1)(b) akta sama.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin

PU Azman turut dituduh di Mahkamah Majistret bagi perbuatan kelucahan melampau dengan menyentuh kemaluan seorang remaja berusia 10 tahun pada 10 Jun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang.

Setakat ini tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM24,000 bagi semua pertuduhan dan diarahkan untuk tidak mengganggu mangsa, keluarga, sama ada secara terus mahupun melalui ejen serta perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan.

Kredit: Utusan

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas