Oh! Artis
“Dah Lupa Agama Ke Sis?” – Artis Malaysia Cetus Kontroversi Gara-Gara Komen Ini Di IG Gal Gadot
Oleh
Dunia dikejutkan sekali lagi dengan insiden berbalas serangan antara tentera Israel dan pejuang Hamas. Peperangan itu menyebabkan kira-kira 600 warga Israel dan 400 warga Palestin terbunuh.
BACA: Rejim Israel Musnahkan Masjid Yang Dibina Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia
Terbaru, pelakon Raja Ilya mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan komen di hantaran Instagram selebriti Gal Gadot.
Dalam hantaran itu, Gal Gadot yang popular dengan karakter Wonder Women meluahkan rasa simpati dengan nasib warga Israel yang terkorban.

Raja Ilya pula meninggalkan komen, ‘stay safe’ menyebabkan netizen mempersoalkan tindakannya itu. Netizen mengutuk Raja Ilya yang seolah-olah menyebelahi Gal Gadot yang merupakan orang Israel.



Netizen turut bertanya sama ada Raja Ilya sudah melupakan asal usul dan agama sejak berkahwin dan tinggal di luar negara.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi aplikasi X menyatakan Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
Katanya, rakyat antarabangsa mengambil sikap berat sebelah apabila terkait dengan kekejaman dan penindasan terhadap Palestin.
Kredit: Instagram Gal Dagot | PM Anwar Ibrahim
