Connect with us

Oh! Media

Cupcake Aisyah Teruk Dikecam, Tapi Syada Amzah ‘Back Up’?

syada

Oh! Artis

Cupcake Aisyah Teruk Dikecam, Tapi Syada Amzah ‘Back Up’?

Kecoh di media sosial mengenai seorang pempengaruh dan Youtuber, Cupcake Aisyah gara-gara didakwa ‘sailang’ bekas teman lelaki kawan baiknya sendiri, Kasih Leona Iris.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, ibu kepada Cupcake Aisyah tampil menafikan dakwaan yang dibuat netizen terhadap anaknya itu.

BACA: “Jangan Sampai Merangkak Di Pandang Mahsyar Minta Maaf” – Ibu Cupcake Aisyah Pertahankan Anaknya Dituduh ‘Penyondol’

Tidak mahu ketinggalan, penyanyi Syada Amzah, turut memberi pandangannya berkenaan isu itu memandangkan Youtuber berkenaan adalah kenalan selebritinya.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Syada mencela netizen yang mengecam Cupcake Aisyah dan Leona sehingga melibatkan ibu bapa dan keluarga orang lain.

Saya dah cuba menahan untuk tak menyentuh hal ini tetapi saya geram. Dalam hal ini, tiada siapa yang 100 peratus betul atau salah. Dalam apa-apa hubungan pun akan ada perbalahan, akan ada dua cerita di dua belah pihak.

Memandangkan benda ini pasal orang lain dan orang yang lebih muda daripada kita, tolonglah rasional. Salah faham begini banyak terjadi semasa zaman persekolahan. Sekarang kita semua dah dewasa dan masing-masing ada kerja kena buat.

Jadi fokuslah pada itu.Kenapa nak campur hal orang lain? Kalau pasal A dan B, kenapa sampai ganggu ibu bapa mereka? Fikir lah eh, kalau ia terjadi kepada kamu dan keluarga sendiri bagaimana? Sangat-sangat tak cool, biadap.

Syada

Malah, Syada juga menyatakan dia tidak bersetuju jika netizen terus menimbulkan spekulasi di media sosial sehingga mencetuskan perkara tidak betul.

Jika apa yang dispekulasikan ini tidak betul, fitnah, dan awak adalah individu yang jadi penyebab fitnah ini tersebar. Dosa makin bertambah dan jika orang yang terkesan itu meninggal dunia macam mana awak nak minta maaf.

Penyanyi yang juga merupakan adik kepada Shila Amzah itu turut mengaitkan isu ini dengan perkongsiannya sebelum ini mengenai kesedaran mental di media sosial.

Syada

Sebab itulah saya muat naik pasal kesedaran kesihatan mental sebelum ini. Macam saya punya mode survival memang lain macam. Saya dah tak kisah apa orang cakap tentang saya lagi bila ia tidak betul.

Tapi kalau awak semua nak juga buat naratif itu, silakan. Panggil lah saya kalis kecaman atau apa, saya cuma nak buat kerja dan cari rezeki halal, jaga ibu selagi masih hidup.

Tambahan, Syada juga menasihati warganet untuk tidak perlu sibuk dengan hal mereka dan jangan ganggu mental kedua-dua pempengaruh itu.

Tetapi janganlah kacau dan ganggu mental mereka hanya disebabkan kehidupan awak tak menarik. Kasihan kedua-dua belah pihak. Kita yang dah besar ini buat cara dah besar.

Biarlah mereka uruskan hal tersebut sebab itu jugakah cara kita membesar kan? Dengan melakukan kesalahan dan belajar daripadanya.

Kredit: Instagram Syada Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7319818634367454471?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas