Connect with us

Oh! Media

“Cukuplah Abang Saya Kena – Ali Puteh Kata Ada Taburan Garam, Kulit Limau Keliling Rumah Arwah Abam

Oh! Artis

“Cukuplah Abang Saya Kena – Ali Puteh Kata Ada Taburan Garam, Kulit Limau Keliling Rumah Arwah Abam

Balu kepada arwah Abam Bocey, Hidayah hari ini memohon pihak yang terlibat melunaskan bayaran saman RM60,000 seperti yang diperintahkan mahkamah. Hidayah bersama peguamnya turut berkunjung ke rumah arwah suami tetapi pintu rumah didakwa tak dibuka.

ADVERTISEMENT

BACA: Rumah Tinggalan Arwah Abam Penuh Dengan Semak, 1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka Pintu

Terbaru, Ali Puteh pula membuat video balas menjelasnya, sejak ibunya meninggal dia tak lagi duduk di situ tapi hari ini dia mendapat tahu pagi tadi keluarga balu ada datang ke rumah.

Kata Ali, selepas balu dan peguamnya balik pihaknya menjumpai taburan garam, kulit limau, daun-daun dan bangkai haiwan di keliling rumah.

“Ya Allah Ya Tuhan Allah tak pernah ajar benda-benda ni,” ujarnya.

Jumpa benda sihir?

Pelawak ini mengucap panjang bertanyakan motif kakak iparnya itu. Ali berkata dia sama sekali tak takut dengan barang-barang khurafat yang ditabur itu meskipun dia harus mati.

Apa awak cuba buat dengan ilmu khurafat ni? Allah ya Tuhan. Sedih saya. Selama tiga tahun saya pendam saya tutup mulut hari ini Allah SWT tunjuk saya jalan. Agama tak pernah ajar. Saya tak nak buka aib. Bapa awak, lawyer awak datang dua kereta pagi tadi.

Ini bukti yang jelas kita dapat, sebelum ni ada je bukti saya taknak cerita. Lepas arwah meninggal bilik dia kita kemas lagi pelik barang kita jumpa dalam bilik awak. Tapi kita tutup mulut. Cukuplah abang saya menderita benda ni.

Dakwanya lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri kerana tak mahu membuka aib tetapi hari ini dia perlu mendedahkan semuanya kepada umum.

Fuh, besar dakwaan Ali ni kan?

Kredit: Instagram Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas