Connect with us

Oh! Media

Rumah Tinggalan Arwah Abam Penuh Dengan Semak, 1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka Pintu

Trending

Rumah Tinggalan Arwah Abam Penuh Dengan Semak, 1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka Pintu

Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey. Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali bertindak berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama peguamnya tapi pintu tak dibuka.

ADVERTISEMENT

Menerusi hantaran di Instagram, Hidayah meluahkan rasa sebak melihat keadaan rumah yang penuh dengan semak samun. Katanya, di luar rumah kelihatan motosikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salamnya atau keluar bersemuka.

Tolong bayar RM60k dan serah kunci rumah

Ibu tunggal kepada seorang anak ini sedih apabila dirinya tak dibenarkan untuk masuk ke rumah sendiri. Hidayah sempat merakam bukti melihat kereta di luar rumah dan ada orang masuk rumah.

Hari ini 10/02/2023 genap 3 Tahun arwah tinggalkan kami.. Abang sayang datang rumah kita tapiiii.. Korang nilaikan sendiri.. Pihak di sana tolong buat bayaran RM60k. Peguam Dayah 2 kali hantar surat 21 hari tapii pihak sana hanya berdiam diri dan permainkan perintah mahkamah..

Hidayah memohon orang ramai menilai sendiri layanan yang diterimanya daripada pihak sana. Dia turut memohon pihak sana menjelaskan bayaran saman RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.

Kredit: Instagram Hidayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas