Connect with us

Oh! Media

“Bukan Pasal Orang Ketiga” – Bad Indigo Dedah Perkara Sebenar Punca Penceraian Dengan Ashira

Oh! Artis

“Bukan Pasal Orang Ketiga” – Bad Indigo Dedah Perkara Sebenar Punca Penceraian Dengan Ashira

Baru-baru ini, tular beberapa gambar yang dimuat naik penyanyi, Ashira dengan seorang lelaki yang dikatakan ‘crush’ lamanya suatu ketika dahulu.

ADVERTISEMENT

BACA: Ashira Dikecam Gara-Gara Cari Dana RM30k Nak Bertanding Di AS

Susulan itu, ramai netizen mula mengecam tindakan Ashira yang mendakwa penyanyi yang baru sahaja bercerai tidak sampai setahun itu cepat mendapatkan pengganti.

Bad Indigo jelaskan perkara sebenar

Tidak berdiam diri, bekas suami kepada Ashira yang juga merupakan penyanyi, Bad Indigo tampil menjelaskan punca sebenar yang berlaku dalam rumahtangga mereka sehingga menyebabkan penceraian.

Menurut Bad, punca perpisahan di antara dia dan Ashira berlaku kerana dirinya tidak berlaku jujur terhadap Ashira mengenai penyakit yang dialaminya dan bukanlah disebabkan oleh orang ketiga.

Saya selama ini memang diam, tapi teruk sangat korang hentam-hentam dia (Ashira) dalam DM, media sosial. Nak tahu sangat kenapa kami berpisah, bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia, bukan pasal orang ketiga, tapi saya tak jujur tentang sakit-sakit yang saya ada, saya tak faham dengan penyakit yang saya ada.

Jelas Bad, dia bertindak sedemikian kerana takut akan kehilangan Ashira sekiranya dia mengetahui tentang penyakit yang dialaminya.

Bila dah bernikah, baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi, tak adil untuk Ashira kerana saya tak jujur dengan dia kerana dulu saya takut saya kehilangan dia.

Itu salah saya, patutnya saya percaya dan yakin dengan dia, tapi saya sendiri yang pentingkan diri masa itu. Tapi akhirnya kami tetap berpisah juga.

Bad Indigo mohon maaf pada Ashira dan keluarga

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan Indigo itu juga membuat permohonan maaf kepada Ashira dan keluarga atas kesan yang diterima mereka sekeluarga selepas penceraian mereka berlaku serta meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang tohmahan ke atas bekas isterinya itu.

Saya mohon ampun kepada Ashira dan keluarga tentang apa yang berlaku dan yang sedang berlaku sekarang, trauma yang mereka terima dan caci maki daripada orang ramai. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tidak berniat begitu.

Saya rasa saya kena bercakap begini agar orang ramai tahu, tolong kongsi posting saya ini kepada orang ramai lagi agar mereka tahu tentang apa yang berlaku pada hubungan kami

Bad pun dah jelaskan perkara sebenar, jadi diharapkan tiada lagi kata cacian dilemparkan ke Ashira ya?

Kredit: Instagram Bad Indigo | Ashira

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas