Connect with us

Oh! Media

Ashira Dikecam Gara-Gara Cari Dana RM30k Nak Bertanding Di AS

Oh! Artis

Ashira Dikecam Gara-Gara Cari Dana RM30k Nak Bertanding Di AS

Peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, Ashira menerima kritikan ramai selepas meluahkan hasrat mencari dana sebanyak RM30,000 untuk menyertai Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat.

ADVERTISEMENT

Menurutnya, wang itu diperlukan sebagai persiapan dan perbelanjaannya di sana Julai nanti.

Jelas isteri kepada Bad Indigo ini, orang ramai sebenarnya tidak faham dan terus menghentam tanpa usul periksa. Dia mencari dana menerusi persatuan, pertubuhan, badan korporat atau individu yang khusus menaja untuk tujuan pertandingan.

Sedih itu memang sedihlah tapi saya pun tak tahu nak cakap. Kenapa dan apa yang marah sangat pada saya ini?

Ada pula yang kata saya nak duit itu untuk pergi shopping. Astagfirullahalazim. Takkanlah saya nak guna duit orang untuk ‘shopping’. Untuk apa?

Ashira menerusi Instagram Story turut mendedahkan beberapa mesej kecaman yang diterimanya daripada orang ramai. Ada yang menganggap penyanyi ini ‘buang masa’ dan sebaiknya fikir untuk kelangsungan hidup.

ashira
Foto: Murai.my

Biarlah orang nak kecam apa yang saya buat. Mulut manusia mana boleh tutup. Itu bukan simpati namanya kerana kalau simpati tak perlulah cakap begitu.

Katanya lagi, selama ini dia tidak pernah meminta sumbangan orang ramai meskipun dalam akaun hanya ada RM10. Ashira meminta netizen bertanya dengan baik dan bukannya melemparkan kata-kata cacian di media sosial.

Terdahulu, Ashira dikatakan bekerja secara sambilan di sebuah restoran dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong.

Suaminya Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas