
Oh! Artis
Buat Kenyataan Ekstrem, Zul Huzaimy Buat Permohonan Maaf
Oleh
Baru-baru ini tular satu kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Zulu Huzaimy ketika menjadi panel dalam sebuah ceramah di Kemaman sekitar 4 November yang lalu.
BACA: Haqiem Stopa Kena ‘Sekolah’ Dengan Zul Huzaimy, Reaksi Mukanya Jadi Tumpuan
Menerusi ceramah tersebut, Zul mendakwa sekiranya rakyat Malaysia salah memilih ketika PRU-15 akan datang, kemungkinan besar tidak akan berkumandang lagi azan di negara ini.
Beliau juga berkata, jika tidak ada undang-undang, sudah lama dia akan “sembelih” kafir harbi di Malaysia…
— 🇲🇾 Reza Razali 🇲🇾 (@_rezarazali_) November 12, 2022
Agaknya Zul Huzaimy akan tarik balik tak kenyataan berani beliau, seperti mana penyanyi terkenal Jamal Abdillah lakukan…
. pic.twitter.com/mUp2kzGe8W
Bukan itu sahaja, Zul juga menyatakan bahawa sekiranya tidak memikirkan undang-undang yang ada di negara ini, dia ingin menyembelih orang bukan Islam. Kenyataan yang sangat bahaya ni!
Zul tampil membuat permohonan maaf
Sedar dirinya terlepas cakap, Zul tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagramnya berhubung perkara yang tular itu.
Menerusi hantaran dibuatnya itu, Zul menafikan bahawa dirinya bersifat terlalu ekstrem ketika mengeluarkan kenyataan itu.
Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat.
Apa yang saya sebut ialah orang bukan Islam (kafir zimmi) wajar dijaga sebaiknya kerana mereka juga menyokong pemerintahan Islam di negara ini.
Ada pun kafir harbi (yang disebut dalam video ucapan) adalah musuh Islam yang nyata, maksud saya di sini ialah non Muslim (bukan Islam) yang benci Islam, suka perkauman.
Pelakon itu juga berharap agar video yang tular itu tidak disalah tafsirkan sebagai ucapan yang berunsurkan kebencian.
Kredit: Twitter Reza Razali | Instagram Zul Huzaimy
