Connect with us

Oh! Media

“Bila Gangster Dan Paskal Salah Ambil Projek” – Aaron Aziz Dedah Behind The Scene ‘Suamiku Lelaki Pendosa’

Cover Photo Om 1200 X 675 58

Oh! Artis

“Bila Gangster Dan Paskal Salah Ambil Projek” – Aaron Aziz Dedah Behind The Scene ‘Suamiku Lelaki Pendosa’

Sebut sahaja Aaron Aziz, pasti ramai yang membayangkan watak Malek yang dibawanya dalam filem KL Gangster. Selain watak itu, pelakon kelahiran Singapura ini juga popular dengan karakter lelaki romantis.

BACA:Terlalu Minat Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Cerai, Pelakon Ini Akui Sedih

Tetapi untuk drama terbaru ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ , Aaron membawakan watak seorang suami yang mempunyai kisah gelap apabila cenderung kepada hubungan sesama sejenis.

IKLAN

Digandingkan bersama Gambit Saifullah, netizen tertanya-tanya bagaimanakah agaknya ‘behind the scene’ ketika penggambaran drama ini?

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aaron berseloroh berkata inilah yang terjadi apabila geng ‘Gangster’ dan ‘Paskal’ salah ambil projek. Masing-masing tak tahan ‘geli’ apabila perlu bersentuhan.

Kata pelakon ini lagi, penonton harus menyaksikan drama ini sampai habis kerana banyak pengajaran dan pedoman yang boleh dipelajari.

Setiap manusia ada rahsia gelap tapi kalau taubat InshaAllah boleh berubah.

‘Suamiku Lelaki Pendosa’ mengisahkan mengenai Dean Ilyas yang nampak sempurna tetapi cenderung kepada hubungan sesama sejenis. Dia cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isteri, Cahaya Malaika.

Kredit: Instagram Aaron Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas