Connect with us

Oh! Media

Emma Maembong Akhirnya Dedah Status Dengan DJ Kidd

Ohmedia emma maembong djkidd

Oh! Artis

Emma Maembong Akhirnya Dedah Status Dengan DJ Kidd

Pelakon terkenal, Emma Maembong, akhirnya tampil menjawab dakwaan mengenai hubungannya dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.

Emma, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail yang ditemui portal Ohbulan! menafikan spekulasi yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan DJ Kidd.

Ya, saya memang berkenalan dengan dia, kami cuma berkawan dan tidak pernah bercinta. Saya kenal dia ketika dia menjadi pembantu peribadi kepada kenalan saya di set penggambaran, saya bukan kenal dia sebagai deejay.

Menurutnya, dia mengenali DJ Kidd ketika lelaki itu bekerja sebagai pembantu peribadi kepada kenalannya di set penggambaran, bukan sebagai deejay.

IKLAN

Masih solo & bebas berkawan dengan sesiapa…

Emma Maembong

Emma turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya masih solo dan belum berkahwin semula seperti yang didakwa segelintir pihak.

Lagi saya diam dan lari, ada pula yang ingat saya dah kahwin… Sebenarnya saya belum berkahwin, belum bersuami dan masih solo. Jadi saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.

Pelakon ini mengakui pada awalnya dia enggan melayan gosip tersebut kerana menyangka ia akan hilang sendiri. Namun, spekulasi itu berterusan sehingga ramai yang menyangka dia sudah bergelar isteri orang.

DJ Kidd bukan punca penceraian…

Image

Dalam pada itu, Emma turut menepis dakwaan yang mengatakan DJ Kidd adalah punca dia bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, pada tahun lalu.

Tidak, tiada siapa punca saya bercerai. Bagi saya buku yang sudah ditutup kenapa nak kena buka balik? Saya selalu kata apa-apa yang jahat salahkan sahaja saya dan bukan orang di sekeliling saya.

Sebelum ini, gosip mengenai Emma dan DJ Kidd tercetus selepas Kidd memuat naik gambar mesra mereka di luar negara dengan kapsyen, “I will be the best husband for you.”

Untuk rekod, Emma dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar, bercerai secara baik pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2.

#ApaKataOhmedia

Biasalah, kalau artis rapat dengan seseorang, pasti akan timbul gosip bukan-bukan. Kadang-kadang, hanya kerana sekeping gambar pun boleh jadi satu cerita besar! Apa pun, yang penting Emma sudah jelaskan semuanya. Harap lepas ni tak ada lagi spekulasi liar tentang statusnya.

Ohmedia emma maembong djkidd

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Ohbulan!


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas