Connect with us

Oh! Media

Berpisah Cara Baik, Pelakon Alicia Amin Dan Suami Sah Bercerai Talak 1

Alicia Amin Cerai

Oh! Artis

Berpisah Cara Baik, Pelakon Alicia Amin Dan Suami Sah Bercerai Talak 1

Ikatan perkahwinan model terkenal, Alicia Amin dan suami, Farzan Iqbal akhirnya terlerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: Sering Berpakaian Seksi, Alicia Amin Perjelas Sebab Tampil Berhijab Di Majlis Nikah

Model tinggi lampai yang juga merupakan pelakon mengesahkan berita itu ketika dihubungi Kosmo!. Meninjau ke Instagram, dia ada memuat naik video berada di hadapan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur beberapa jam yang lalu.

IKLAN

Alicia Amin sah bercerai talak 1

Menurut Alicia, dia dan suami bercerai secara baik bukan disebabkan orang ketiga atau curang. Malah, dia dan suami hadir ke mahkamah bersama-sama dan suami melafazkan cerai talak satu.

Katanya lagi, keputusan untuk berpisah diambil selepas berbincang dan ternyata mereka lebih selesa sebagai kawan sahaja.

Dia secara jujur berkata hubungan mereka dah lama retak dan tak boleh diselamatkan lagi. Mereka masing-masing sibuk dengan kerjaya di mana suaminya merupakan seorang doktor dan sering ke klinik hingga lewat malam.

Alicia Amin Bercerai

Dia pula selalu ke sana sini di atas tuntutan kerja sebagai pelakon dan model. Jelasnya, bekas suami seorang yang baik dan dia masih sayangkan lelaki itu.

Pemilik nama sebenar Raja Alicia Raja Amin ini juga enggan memburukkan sesiapa kerana itu bukan caranya.

Kredit: Kosmo! | Instagram Alicia Amin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas