Connect with us

Oh! Media

Berminggu Rasa ‘Panas’ Dekat Isteri, Fizz Fairuz Perjelas Sakit Akibat Gangguan Makhluk Halus

Fizz Fairuz

Oh! Artis

Berminggu Rasa ‘Panas’ Dekat Isteri, Fizz Fairuz Perjelas Sakit Akibat Gangguan Makhluk Halus

Datuk Fizz Fairuz merupakan seorang pelakon yang sentiasa tampil dalam drama bersiri TV3 setiap malam dikatakan kurang sihat dan terkena gangguan makhluk halus, biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA : Diserang Sakit Misteri Selama Sebulan, Fizz Fairuz Akui Dirinya ‘Kena Tegur’

Menurut laporan Harian Metro, Fizz memperjelaskan dirinya telah ‘terbawa’ pulang sesuatu ketika menjalani pengambaran di Perak beberapa bulan lalu sebelum menjadi kurang sihat.

Saya menjalani penggambaran di Sahom, Gopeng yang terkenal sebagai ‘tempat’ keberadaan benda-benda halus. Saya tiba di situ selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli.

Fizz mengatakan bahawa dia hanya berada disana sekitar 5 hingga 10 minit sahaja dan tiba-tiba berasa seram sejuk sebelum pulang ke rumah 3 hari kemudian.

Apabila tiba di rumah, saya demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan. Namun, apabila menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19, mujur saya negatif. Cuma, saya tak boleh makan selama dua minggu kerana pasti muntah.

Bukan tu jer, keadaannya itu juga turut menjejaskan hubungan pelakon itu bersama isteri dan anak-anaknya. 

Selama dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menghubungi doktor meminta nasihat. 

Dalam tempoh berkenaan, Fizz telah masuk ke wad selama dua kali sebelum terfikir untuk bertanyakan kepada seorang ustaz. Ustaz berkenaan perjelaskan bahawa Fizz sepatutnya membersihkan diri dulu sebelum pulang kerana tempat tersebut ‘keras’.

Seram juga dengar! Semoga perkara sebegini dijauhkan dari kita semua. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas