Connect with us

Oh! Media

Diserang Sakit Misteri Selama Sebulan, Fizz Fairuz Akui Dirinya ‘Kena Tegur’

Oh! Artis

Diserang Sakit Misteri Selama Sebulan, Fizz Fairuz Akui Dirinya ‘Kena Tegur’

Sebelum ini, pelakon tanah air, Dato Fizz Fairuz telah diserang ‘penyakit misteri’ selepas dikatakan pulang dari penggambaran sebuah cerita seram.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Komen Datuk Fizz Fairuz Lihat KJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Berbaju Biasa

Menurut isterinya, Datin Almy Nadia, yang yang berasa sedih mengakui suaminya kerap termenung, kurus kering kerana tidak berselera makan dan minum selama dua minggu.

Perkara itu menyebabkan pelakon berusia 41 itu mengalami gastrik yang teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Dalam pada itu, Almy juga mengakui suaminya sudah berubat bagi menghilangkan gangguan itu, namun baginya, proses tersebut bukan mudah seperti yang disangka.

Fizz Fairuz dedah ganguan misteri diterimanya

Menurut Fizz atau nama sebenarnya Dato’ Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin, selama terkena gangguan, dirinya hilang selera makan, sukar bernafas serta tengkuk berasa berat.

Meskipun hampir sebulan berlalu, namun pengalaman yang ditempuhi itu membuatkan pelakon berkenaan semakin berhati-hati memasuki kawasan ‘orang’.

Menurut laporan Kosmo, dirinya kerap berdepan peristiwa sama, namun kali ini kesannya agak menakutkan apabila sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya.

Ramai juga yang tertanya-tanya saya sakit apa. Sebelum ini saya pernah mendapatkan rawatan kecemasan disebabkan masalah gastrik yang berpunca tiada selera ketika sakit, September lalu.

Tambahnya, dia mendakwa terkena ‘teguran’ daripada mahluk berkenaan dan peristiwa itu telah menjadikan pengajaran buat dirinya.

Fizz Fairuz, Almy Nadia dan anak-anak

Kata orang tua ‘ketegur’ atau kena tegur. Mungkin silap saya sendiri tetapi sebelum ini kalau ke tempat baharu di mana-mana lokasi penggambaran, saya sangat jaga kata-kata dan perbuatan.

Memang saya rasa lain macam masa itu, cuma tak sangka kesannya berlanjutan sampai dua minggu. Saya jadi orang lain, sakit satu badan dan enggan melayan anak isteri sebab emosi yang saya tak tahu kenapa.

Fizz berkata, dirinya terkena gastrik oleh kerana tidak mengambil sebarang pemakanan. Namun, kesihatan dirinya semakin pulih selepas melakukan rawatan Islam dan moden.

Disebabkan tak makan, saya diserang gastrik. Alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan secara perubatan Islam dan moden, saya semakin pulih serta kini dapat bekerja semula

Walaubagaimanapun, dia turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana membantu dalam proses pemulihan selain turut sebak melihat rasa kerisauan yang melanda isteri serta anak-anaknya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas