Connect with us

Oh! Media

“Bergelak Ketawalah, Ada Yang Ejek Ini Jenaka” – Ali Puteh Kata Dah Pulangkan ‘Barang’ Penabur

Oh! Artis

“Bergelak Ketawalah, Ada Yang Ejek Ini Jenaka” – Ali Puteh Kata Dah Pulangkan ‘Barang’ Penabur

Semalam, pelawak Ali Puteh mendakwa menjumpai taburan garam kasar, kulit limau, daun yang dah dicarik serta bangkai mengkarung di sekeliling rumah selepas kakak iparnya, Hidayah, pulang.

ADVERTISEMENT

Pelawak ini mengucap panjang bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat. Ali berkata dia sama sekali tak takut dengan barang-barang yang ditabur itu meskipun dia harus mati.

BACA: “Cukuplah Abang Saya Kena – Ali Puteh Kata Ada Taburan Garam, Kulit Limau Keliling Rumah Arwah Abam

Difahamkan, pada pagi Jumaat Hidayah dan keluarga datang bersama peguam ke rumah peninggalan arwah Abam Bocey namun tak disambut penghuni rumah.

BACA: Rumah Tinggalan Arwah Abam Penuh Dengan Semak, 1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka Pintu

Video perkongsian Ali Puteh itu bagaimanapun telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat naik. Perkara itu dah tentu menimbulkan tanda tanya orang ramai sama ada betul ke dakwaan tu.

ali puteh

Terbaru, pelawak ini berkata, ada yang meninggalkan komen sindir serta menganggap taburan garam limau dan bangkai yang dijumpainya itu sebagai mainan.

ali puteh sihir

Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang. Bukan handal dengan ilmu untuk aniaya orang.

Namun katanya, orang ramai tak akan faham selagi tak kena pada diri mereka sendiri. Peserta program Raja Lawak musim ke- 6 ini turut meninggalkan pesan kepada ‘penabur barang’ bahawa dia dah pulangkan ‘pemberian’ tersebut.

Kredit: Instagram Syed Ali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas