Connect with us

Oh! Media

“Benda Pun Dah 10 Tahun Dulu” – Shila Amzah Tak Rasa Boleh Kembali Dengan Sharnaaz Ahmad

Oh! Artis

“Benda Pun Dah 10 Tahun Dulu” – Shila Amzah Tak Rasa Boleh Kembali Dengan Sharnaaz Ahmad

Selepas bercerai kira-kira empat bulan lalu, penyanyi Shila Amzah sering menerima usikan supaya kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Ahmad Gara-Gara Puji Nyanyian Shila Amzah Dan SOG

Ini berikutan masing-masing sudah membawa status ‘single’ selepas gagal dengan perkahwinan terdahulu. Shila Amzah menerusi laporan mStar bagaimanapun berkata hubungan baiknya dengan aktor itu hanyalah sebagai kawan.

Kata Shila, mereka pernah melalui fasa bercinta dan dia tidak nampak jalan untuk mereka kembali bersama.

Secara peribadi, penyanyi lagu Patah Seribu ini tiada masalah dengan Sharnaaz cuma tidak selesa bekerjasama kerana tak mahu netizen bercakap benda yang tak perlu.

Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship. Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

Kenyataan yang dikeluarkan penyanyi ini sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi peminat. Ada yang menyokongnya dan ada juga yang bertindak sebaliknya.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Shila berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Kisahnya dengan Sharnaaz sudah 10 tahun berlalu dan masing-masing sudah ‘move on’.

Jelasnya, tidak semestinya apa yang berlaku di masa lalu harus berlaku semula kini. Penyanyi ini berharap penjelasannya ini jelas dan dia memohon peminat pelakon itu tidak menghantar mesej kritikan kepadanya, jika mereka mahukan Sharnaaz silakan katanya.

Kredit: mStar | Instagram Shahila Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas