Connect with us

Oh! Media

“Benda Nak Jadi” – Fasha Sandha Keluar Wad Lepas 8 Hari Ditahan, Tak Mahu Salahkan Sesiapa

fasha sandha kena bucu katil

Oh! Artis

“Benda Nak Jadi” – Fasha Sandha Keluar Wad Lepas 8 Hari Ditahan, Tak Mahu Salahkan Sesiapa

Selepas 8 hari menerima rawatan di hospital KPJ Ampang Puteri, pelakon Fasha Sandha hari ini dibenarkan pulang ke rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Salahkan Azhan Rani Tolak Sampai Terpelanting, Fasha Sandha Tampil ‘Back Up’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fasha meluahkan syukur dan berterima kasih di atas doa semua terutamanya ibunya.

Fasha Sandha tak salahkan sesiapa, doa cepat sembuh

fasha sandha cedera

Katanya, kerana keberkatan doa mamanya, Allah SWT melindungi mata kanannya daripada cedera. Malah, dia juga kuat menghadapi dugaan ini mungkin disebabkan doa daripada suami, anak-anak, ahli keluarga, para peminat dan kucing-kucing peliharaannya.

Ibu kepada tiga orang anak ini enggan menyalahkan sesiapa, dia cuba buat sehabis baik tapi malangnya kemalangan tetap berlaku.

Kepada yang bertanya, keadaan saya ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.

Walau begitu, saya tetap bersyukur, mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya, daripada ujian ini. Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah.

Dalam pada itu, pelakon ini turut berkongsi mesej daripada art department drama Anak Tuan memohon maaf di atas kemalangan yang tak disengajakan.

fasha sandha

Fasha secara positif memberi nasihat supaya mereka lebih peka dengan persekitaran selepas ini. Pelakon ini menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Semoga Fasha lekas sembuh!

Kredit: Instagram Fasha Sandha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas