
Oh! Artis
Ramai Salahkan Azhan Rani Tolak Sampai Terpelanting, Fasha Sandha Tampil ‘Back Up’
Oleh
Pelakon Fasha Sandha menjelaskan kemalangan di set penggambaran Anak Tuan bukanlah disebabkan rakannya, Azhan Rani.
BACA: Tulang Mata Kiri Fasha Sandha Patah, Bebola Mata Berdarah Terhentak Bucu Katil Masa Shooting
Menerusi satu rakaman suara, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini menafikan kononnya pelakon Azhan Rani menolaknya terlalu kuat dan beriya sehingga terpelanting kena bucu katil.
Azhan Rani tak tolak kuat, hanya lakonan
Katanya, orang yang bukan dalam industri seni mungkin tak tahu itu hanyalah lakonan di mana Fasha menolak badannya sendiri.
Cuma landing tu di tempat yang salah. Benda dah jadi nak buat macam mana. Tak perlu explain panjang sangat. Saya tak nak orang salahkan abang.
Berkongsi mengenai perkembangan kini, ibu kepada 3 orang anak ini berkata dia tak boleh menulis buat masa ini. Tulisan di penglihatannya jadi dua. Jadi dia akan beri kenyataan berhubung isu ini bila dah sembuh nanti.

Bagi Azhan pula, dia menerima segala tohmahan dan teguran daripada orang ramai. Dia rela dipersalahkan dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan Fasha.
Kredit: Instagram Azhan Rani
