Oh! Artis
“Belum Halal Dah Pegang-Pegang” – Ameera Khan Dan Jefri Nichol Mesra Hadiri Acara Bersama
Baru-baru ini, Instagram Glam Malaysia memuat naik video memaparkan pempengaruh terkenal Ameera Khan dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol hadiri acara mewah Dior yang berlangsung di The Gardens.
Kehadiran pasangan ini ternyata mencuri tumpuan ramai namun bukan kerana gaya mereka yang memukau, tetapi kerana aksi mesra yang dipamerkan.
Mesra berpegang tangan dan berpelukan
Dalam video tersebut, Ameera dan Jefri kelihatan selesa berpegang tangan dan berpelukan sambil menyapa selebriti lain yang turut hadir di acara itu.
“Mesranya, macam orang dah kahwin”



Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen melihat kemesraan pasangan itu. Rata-ratanya meluahkan kurang senang menyifatkan aksi tersebut sebagai keterlaluan memandangkan mereka masih belum berkahwin.
Ada juga yang menyarankan agar Ameera lebih berhati-hati dengan perbuatannya di khalayak ramai. Netizen juga memetik nama PU Riz yang merupakan abang ipar kepada pempengaruh ini.
Mereka memohon PU Riz menasihati Ameera supaya menjaga tingkah lakunya di tempat awam.
#OhmediaNasihat
Sebagai figura awam, menjaga sensitiviti dan persepsi masyarakat adalah amat penting. Aksi yang mesra mungkin normal bagi sesetengah pihak, tetapi sebagai orang yang sering menjadi perhatian, kita perlu bijak mengawal tingkah laku untuk menjaga nama baik dan imej diri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Glam Malaysia
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM