Connect with us

Oh! Media

Ameera Khan Jangka Bakal Kahwin Dengan Jefri Nichol Tahun Depan

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Ameera Khan Jangka Bakal Kahwin Dengan Jefri Nichol Tahun Depan

Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menyertai trend viral TikTok, ‘My Prediction 2025’. 

Kalau korang tengok video itu, Ameera meramalkan bahawa dia akan berkahwin pada tahun 2025.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Ameera turut menandakan akaun Instagram teman lelakinya iaitu pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol. 

IKLAN

Perkara itu sekaligus membuatkan ramai peminat teruja dan mula berspekulasi tentang masa depan pasangan ini.

Sekadar hiburan, tapi Ameera Khan kelihatan teruja

Ameera khan

Menurut Ameera, ramalan ini hanyalah untuk hiburan semata-mata. Namun, dia mengakui teruja apabila mendapatkan ramalan yang sama buat kali kedua. 

Netizen pula melihat perkara ini sebagai tanda hubungan mereka semakin serius, terutamanya selepas mereka sering memuat naik momen manis bersama di media sosial.

Kontroversi Jefri Nichol

Jefri ameera khan pegang tangan 630x502

Walaupun ramai yang menyokong hubungan ini, ada juga netizen yang mengingatkan tentang kontroversi lalu membabitkan Jefri Nichol. 

Sebelum ini, Jefri mengaku pernah meniduri lebih 20 wanita, berlaku curang, dan mencuba daging khinzir. Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya daripada peminat Ameera yang bimbang dengan latar belakang pelakon tersebut.

#OhmediaNasihat

Momen manis pasangan selebriti sering menjadi perhatian ramai, tetapi kita juga perlu ingat bahawa kehidupan nyata lebih kompleks daripada yang terlihat di media sosial. Sokonglah mereka dengan doa yang baik, namun tetaplah rasional dalam menilai sesuatu hubungan.

Apapun, semoga hubungan ini memberikan kebahagiaan kepada kedua-dua pihak, dan Ameera terus berbahagia dengan pilihan hatinya.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: –


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas