Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Panggil Ibu Syed Saddiq ‘Mama’

Ohmedia syed saddiq bella astillah mama

Oh! Artis

Bella Astillah Panggil Ibu Syed Saddiq ‘Mama’

Bella Astillah panggil ibu Syed Saddiq ‘mama’, netizen makin yakin hubungan mereka.

Nama penyanyi dan pelakon Bella Astillah sekali lagi jadi tumpuan bila dia memanggil ibu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dengan panggilan mama. Aduh, cepatlah kahwin BASS!

Acara yang berlangsung Sabtu lalu bukan sekadar hiburan, tapi jadi momen manis bila Bella siap menari bersama ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz di atas pentas.

Momen Bella Astillah panggil ‘mama’ buat penonton teruja…

Ketika menyanyikan lagu Gelora Jiwa nyanyian Yuna, Bella sempat berkata, “Mama dah cantik dah ni, terima kasih mama.”

IKLAN

Reaksi itu terus mencetuskan sorakan penonton dan menguatkan spekulasi tentang hubungan rapatnya dengan Syed Saddiq walaupun masih tiada kenyataan rasmi.

Netizen pula terus berteka-teki dengan hubungan mereka. Ada yang menyebut tahun depan mungkin akan jadi ‘wedding of the year’.

Mentua dan menantu sama cantik. Sangat penyayang dan insya-Allah jadi bakal mentua yang sporting.- Kata seorang pengguna media sosial.

Hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq semakin jelas…

Hubungan Bella dan Syed Saddiq mula jadi bualan sejak Januari lalu bila mereka mendaki Gunung Kinabalu bersama.

Pada Mac, Syed Saddiq buat kejutan hari jadi untuk Bella, dan selepas itu Bella juga dilihat hadir ke mahkamah ketika keputusan rayuan melibatkan ahli politik itu diumumkan. Sejak itu sehingga ke hari ini, sampai dah tak terkira momen mereka bersama.

Pssttt! Kadang-kadang satu panggilan kecil je boleh buat ramai orang mula berspekulasi. Jadi korang, kalau ada hal peribadi, jangan pelik bila orang luar cepat sangat nak tafsir sendiri. Pandai-pandailah jaga ruang privasi korang ya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas