
Oh! Artis
Bella Astillah Dengan Syed Saddiq Didakwa Goyah, Ini Apa Kata Didi
Didi Astillah sahkan hubungan Bella dan Syed Saddiq masih bahagia.
Nampaknya ada yang mula buat andaian bukan-bukan pasal hubungan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
Korang ni pun, janganlah risau sangat. Adik kepada Bella sendiri iaitu Didi Astillah dah tampil beri penjelasan yang cukup melegakan peminat BASS.
Memetik laporan dari Xtra, Didi menegaskan yang hubungan Bella dan Syed Saddiq masih dalam keadaan baik dan bahagia. Jadi, cerita-cerita yang kata hubungan mereka goyah tu memang tak betul langsung.
“Bella okay tak? Okay sahaja.” – Didi Astillah.

Didi sendiri rasa pelik bila ramai sangat yang tanya tentang hubungan kakaknya. Malah dia akui, tak nampak langsung sebarang perubahan pelik dalam hubungan dua figura terkenal itu.
Bella okay tak? Okay sahaja. Saya tak nampak benda-benda pelik berlaku dengan mereka.- Kata Didi.
Mungkin disebabkan populariti pasangan ini yang makin naik, peminat yang menggunakan hashtag #BASS (Bella + Syed Saddiq) pun mula buat andaian sendiri.
Kata-kata Syed Saddiq buat peminat rasa hubungan goyah?

Ada yang kononnya ‘terasa lain macam’ bila Syed Saddiq sebelum ini menyebut bahawa dia “terhutang budi” dengan Bella, terus buat cerita.
Tapi bagi Didi, semua itu hanyalah tafsiran berlebihan.
Mereka okay sahaja, saya tengok mereka happy. Mereka pun masing sweet-sweet sahaja.
Untuk korang yang tak tahu, Bella Astillah dan Syed Saddiq mula jadi perhatian netizen sejak mereka bergandingan sebagai duta jenama baju raya tempatan awal tahun ini. Dari situlah wujudnya ‘ship name’ #BASS yang viral dan penuh dengan peminat fanatik.
Tapi biasalah, bila dah ramai suka, mesti ada yang mula cari isu walau sekecil zarah. Apa-apa pun, keluarga Bella sendiri dah bersuara, jadi harapnya semua pihak boleh cool down ya.
Pssttt! Kadang-kadang, bila kita terlalu minat dengan pasangan selebriti, kita mudah sangat overthinking. Sikit je perubahan atau kenyataan, terus buat spekulasi sendiri. Tapi korang, dalam hubungan orang lain, kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik kamera. Jadi daripada buat cerita tak betul, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk mereka.
Kredit: Xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
