Connect with us

Oh! Media

Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Menangis Terima Penghargaan

Oh! Artis

Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Menangis Terima Penghargaan

Siapa tak kenal dengan usahawan terkenal dan sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang seringkali berkongsi kebaikannya menunaikan zakat untuk membantu golongan yang memerlukan.

ADVERTISEMENT

BACA: DS Aliff Syukri Sebak, Berpisah Dengan Pembantu Rumah Selepas 10 Tahun

Terbaru, perkongsian Aliff Syukri di Instagram mengenai kebaikannya itu pasti akan memberikan inspirasi kepada semua yang melihatnya.

Dapat penghargaan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Menerusi perkongsiannya itu, Aliff berkongsi rasa terharunya mendapat penghargaan selepas disenaraikan sebagai antara individu yang membayar zakat mencecah RM1 juta pada tahun 2021.

Hari Indah buat saya dan isteri!!

Syukur hari ni Lembaga Zakat Selangor (LZS) beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir 1 juta pada tahun 2021.

Dalam pada itu, Aliff juga berkongsi mengenai perjalanan perniagaannya kira-kira 15 tahun yang lalu dimana dia hanya mampu membayar RM7 setiap bulan.

Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!! 

Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan,tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya.

Dipuji netizen

Perkongsian Aliff Syukri itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka turut mengucapkan tahniah atas penghargaan itu dan berdoa agar usahawan terkenal itu dimurahkan rezeki bagi membantu mereka yang memerlukan di masa akan datang.

Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas