Connect with us

Oh! Media

DS Aliff Syukri Sebak, Berpisah Dengan Pembantu Rumah Selepas 10 Tahun

Befunky collage

Oh! Artis

DS Aliff Syukri Sebak, Berpisah Dengan Pembantu Rumah Selepas 10 Tahun

Siapa tak kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri, pengusaha kosmetik terkenal yang seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi. Aliff juga terkenal dengan sikap penyayang terhadap semua pembantu rumah yang bekerja dengannya yang melayan mereka seperti keluarga beliau sendiri.

BACA: “Cukuplah, Jangan Fitnah Lagi” – Mak Wan Tak Mahu Aibkan Keluarga Sebelah Sana, Reda Dengan Takdir

Berpisah selepas 10 tahun

Begitulah kehidupan, setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Menerusi Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi satu video menunjukkan Aliff sekeluarga menghantar pembantu rumahnya ke lapangan terbang dalam keadaan penuh sebak.

IKLAN

Lebih memilukan, apabila pembantu rumah kepada Aliff dilihat seakan meraung kerana perlu berpisah dengan majikannya itu.

Datuk Aliff turut berkongsi bahawa pembantu rumahnya itu bagaikan seorang ibu dan penjaga buat mereka sekeluarga.

10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek, dia ibarat ibu dan penjaga kami sekeluarga.

Walaupun sekadar menjadi pekerja pembantu rumah tetapi banyak jasa beliau menjaga anak-anak saya. Daripada baem lahir dan sampai la baem skrg, daripada dia takda cucu sampai ada cucu 6 orang daripada rumah dia rumah buloh sampai la berumah batu.

Perkongsian Datuk Aliff itu turut mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka turut sebak dengan video yang dikongsikan di Instagram Aliff.

Screenshot 2022 04 25 at 135537
Screenshot 2022 04 25 at 135548

Kredit: Instagram Datuk Seri Aliff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas