Oh! Artis
“Baru Sebulan Kahwin Wife Tunjuk Test Kit” – Maryam Bakal Dapat Adik, Fizo Omar Luah Rasa Syukur
Teka teki peminat nampaknya terjawab apabila isteri kepada Fizo Omar mengesahkan kehamilannya. Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Fazeera dilihat memberikan kejutan alat ujian kehamilan (UPT) bertanda dua (positif) kepada suami.
BACA: “Sama Cantik Sama Padan” – Fizo Omar Dedah Wajah Isteri
Fizo Omar yang sedang beristirehat dan berbaring di katil ketika itu memberi reaksi seakan-akan tidak percaya dan tersenyum gembira.
Isteri Fizo Omar beri kejutan lepas sebulan kahwin
@fazeeranazriaz The video that I took on the first month of our marriage. A big surprise for him when I told him I’m expecting a 👶🏻❤️
♬ original sound – Fazeera Nazri Az
Maksud you pregnant? Serius? Biar betul sayang? Love you. So made in Janda Baik la ni?
Menurut Fareeza, dia sangat bersyukur mendapat berita gembira ini seawal bulan pertama berkahwin. Bunting pelamin la namanya ni kan. Tahniah!
Cik Yam nak dapat adik dah

Di ruangan komen, para netizen turut kongsi rasa gembira dan mendoakan semoga kehamilannya berjalan lancar. Seronokla Cik Yam dapat adik nanti.
Kredit: TikTok Fazeera Nazri Az
