Oh! Artis
“Baru Jumpa Dah Pegang Tangan” – 29 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Pelakon Ini Mengaku Payah Jumpa Lelaki Jujur
Pelakon Noralbaniah kongsi pengalaman didekati ramai lelaki tapi ramai tak ikhlas.
Sudah 29 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon veteran Noralbaniah mengakui bukan mudah nak jumpa lelaki yang betul-betul jujur dan ikhlas dalam perhubungan.
Memetik laporan Harian Metro, Noralbaniah berkata dia sebenarnya terbuka untuk menerima jodoh baru, tapi sampai sekarang masih belum jumpa lelaki yang sesuai untuk menjadi pelindung hidupnya.
Baru jumpa dah pegang tangan

Katanya lagi, walaupun ramai yang cuba mendekati termasuk rakan-rakan arwah suami, tapi kejujuran menjadi perkara paling utama bagi dirinya.
Tipulah tak pernah jumpa. Tak jumpa lagi orang yang baik. Saya banyak jumpa lelaki tak jujur. Misalnya baru jumpa sudah pegang tangan, jangan ambil kesempatan.
Pelakon ini tidak menolak jodoh tetapi ciri-ciri bakal suami haruslah baik dan jujur.
Sebab saya ini bukan bercerai, suami saya sudah meninggal lama. Kalau nak kahwin, jujurlah jaga saya.
Dalam masa sama, pelakon ini turut berkongsi tentang perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal yang bukan mudah, tapi tetap kuat berjuang demi anak dan keluarganya.
Selepas kemalangan satu masa dulu, Albaniah mengambil masa yang lama untuk pulih. Dia banyak masuk kelas termasuk kelas memulakan perniagaan.
Pada waktu itu, adik beradiknya juga banyak membantu kerana dia merupakan anak bongsu.
Pssttt! Memang tabik dengan ketabahan Noralbaniah yang terus kuat walaupun hidup solo hampir tiga dekad. Kadang bukan sebab tak nak kahwin, tapi nak cari yang betul-betul jujur dan boleh jaga kita dengan ikhlas tu bukan senang.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.