Connect with us

Oh! Media

Bapa Puteri Balqis Akhirnya ‘Muncul’ Dan Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Gangguan Seksual

Oh! Artis

Bapa Puteri Balqis Akhirnya ‘Muncul’ Dan Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Gangguan Seksual

Ramai yang terkejut apabila pelakon berbakat, Puteri Balqis menerusi sesi podcast bersama dua pengacara membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya kelmarin.

ADVERTISEMENT

BACA : Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual, Bapa Akan Disiasat Jika Laporan Dibuat

Dalam podcast itu, Aqish mendakwa bapanya seorang yang pemalas, tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video.

Bukan tu jer, bapanya juga didakwa dengan selamba membuka video lucah dan mengajaknya menonton bersama. Dakwa pelakon ini lagi, dia juga sering diraba dan dicium.

Menurut laporan Harian Metro, bapanya telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan yang didedahkan Aqish di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim. Aik, lain pula.

Setakat ini, tiada laporan polis (pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur.

Pulak dah. Apapun, kita tunggu jelah Aqish buat laporan polis dan biar pihak berkuasa yang menyiasat perkara ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas