Oh! Artis
“Iya Itu Memang Saya, So Kenapa Ada Masalah Ke?, Baby Shima Jawab Gambar Macam Bercium Di Kelab Malam
Pada
Oleh
Penyanyi dangdut Baby Shima tidak henti-henti terima kecaman dan kini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila beberapa gambar miripnya dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial.
Namun, Shima tampil mengeluarkan kenyataan seperti tidak berselindung atau menafikan perkara tersebut. Dia mengatakan apa yang dilakukannya itu tidak mengganggu orang lain dan merasakan tidak salah untuk dia berbuat demikian.
Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke?
Tambah Shima, dia merasakan yang dia tidak perlu untuk beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut kerana baginya ia tiada kepentingan untuk orang lain.
Menerusi beberapa gambar yang tersebar itu, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab malam di ibu negara.
Lebih menimbulkan tanda tanya adalah apabila Shima seperti sedang mencium lelaki itu sambil memegang gelas minuman.

Dalam pada itu, Shima turut bertindak menyalahkan netizen apabila ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian ramai orang.
Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, sebenarnya apa yang berlaku pada dirinya bukan untuk tarik perhatian orang atau hendak timbulkan kontroversi tetapi semuanya disebabkan mulut orang.
Ujar Shima lagi, daripada mulut orang dia meraih perhatian namun dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...
Jep Sepahtu bengang isu persahabatan dengan Shuib kembali panas, dakwa dijadikan bahan marketing serta bangkit isu...