
Oh! Artis
Baby Shima Lega Lelaki Ugut Dirinya Ditahan Polis Di Sabah
Penyanyi popular Baby Shima kini boleh menarik nafas lega selepas lelaki yang membuat ugutan bunuh terhadapnya telah ditahan pihak polis.
Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli, berharap insiden ini menjadi pengajaran kepada orang ramai agar menjauhi perbuatan yang membabitkan jenayah kebencian.
Saya harap kita berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang ugutan membabitkan ancaman terhadap nyawa orang lain. Jangan didorong perasaan.- Kata Shima.
Baby Shima tak tunggu lama untuk buat laporan polis…
Baby Shima tidak berdiam diri dan segera mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis di Balai Polis Sibu.
Ketika itu, beliau ditemani Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut Shima, selepas 15 tahun berada dalam industri hiburan, ancaman kali ini merupakan yang paling menakutkan pernah dialaminya.
Saya pernah terima macam-macam ugutan sepanjang karier saya, tetapi ancaman kali ini paling menakutkan yang pernah diterima. Apa pun, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.- Jelasnya lagi.
Polis berjaya tahan suspek yang merupakan seorang pemandu lori…

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan di Kota Sentosa, Kuching, pada 31 Disember.
Turut dirampas dalam serbuan itu adalah telefon pintar milik suspek. Lelaki tersebut akan direman di Mahkamah Sibu untuk siasatan lanjut.
Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
#OhmediaNasihat
Korang, jangan sesekali biarkan emosi mengawal tindakan hingga melanggar undang-undang. Ugutan bukan sahaja mencederakan perasaan, malah boleh mengancam nyawa orang lain. Kita hidup bermasyarakat, jadi penting untuk jaga tutur kata dan perbuatan kita.
