Connect with us

Oh! Media

Azlee Senario Bayar Kereta Dan Rumah Guna ‘Gift’ TikTok, Raih Sehingga RM15,000 Sebulan

azlee

Oh! Artis

Azlee Senario Bayar Kereta Dan Rumah Guna ‘Gift’ TikTok, Raih Sehingga RM15,000 Sebulan

Siapa sangka, hasil bersiaran langsung di TikTok, pelakon dan pelawak otai Azlee Senario mampu meraih sehingga RM500 sehari.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Malu Berniaga, Gerai Buah Azlee Senario Laku Sejak Viral

Katanya, dalam tempoh sebulan hasil pendapatan daripada platform itu mencecah sehingga RM15,000.

Bercakap kepada Media Hiburan, Azlee berkata wang itu adalah hasil sumbangan para peminatnya dalam bentuk ‘coin’ atau ‘gift’.

Pernah suatu hari, pelawak ini membuat sesi langsung selama 5 minit sahaja tetapi mendapat gift sebanyak RM8,500.

Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.

Ada sahabat cadangkan saya untuk buat live di TikTok. Katanya boleh cari duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula.

Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut sebab orang boleh beri ‘gift’ sebanyak itu.

Namun, Azlee yang turut berniaga secara kecil-kecilan tidak membuat live sepanjang masa. Dalam satu hari, pelawak ini mensasarkan RM500, jika dapat lebih dia akan menganggap ianya sebagai bonus.

azlee senario

Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.

Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar.

Beliau menyeru artis senior yang tidak menerima tawaran kerja supaya memanfaatkan platform TikTok sebaiknya.

Kita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Itu hadiah daripada orang ramai.

Pelawak ini terharu mendapat tahu ramai peminat yang masih sayang dan menghargai jasanya menghiburkan mereka.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas