Connect with us

Oh! Media

“Ayah Dah Tak Penat Dah” – Anak Ridzuan Hashim Luah Rasa Rindu, Tak Sempat Beli Skuter Permintaan Terakhir

anak ridzuan hashim rindu

Oh! Artis

“Ayah Dah Tak Penat Dah” – Anak Ridzuan Hashim Luah Rasa Rindu, Tak Sempat Beli Skuter Permintaan Terakhir

Khamis lalu, dunia seni hiburan tanah air kehilangan seorang permata iaitu pelakon veteran terkenal, Ridzuan Hashim. Popular dengan watak King dalam filem KL Gangster, para peminat turut terkesan dengan pemergian aktor berusia 62 tahun tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Tak Pernah Peluk Saya, Haritu Dia Peluk” – Datuk Yusof Haslam Menangis Kenang Arwah Ridzuan Hashim

Di Instagram, anak bongsu arwah, Diyana meluahkan rasa rindu yang tak terhingga kepada bapanya. Menurut Diyana, punca kekuatannya untuk bekerja keras mencari wang telah hilang. Sebelum ini dia membuat dua tiga kerja demi untuk berbakti dan menunaikan setiap permintaan bapanya.

Diyana juga ada berkongsi momen-momen dia memenuhi keinginan arwah untuk makan makanan kegemaran seperti lontong rojak, nasi minang dan sebagainya.

ridzuan hashim meninggal dunia
anak ridzuan hashim

Sebagai anak, dia berjanji bahawa bapanya tak perlu bekerja lagi kerana dia akan mengambil alih tugas itu. Anak bongsu daripada lima beradik ini bagaimanapun meminta maaf kerana tak sempat belikan permintaan terakhir ayah iaitu sebuah skuter.

Kredit: Instagram Diyana Ridzuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas